Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan dirinya hampir melakukan pembedahan bariatrik untuk kelihatan cantik dan kurus.
Menurut sumber, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, memberitahu dirinya pernah membayar wang pendahuluan sebanyak RM33,000 tetapi membatalkan pembedahan tersebut kerana rasa takut.
Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus, nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut…
Syukur Allah masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu…”
Bercerita lebih lanjut, Vida mengakui bahawa dirinya terpengaruh dengan rakan-rakan yang menjalani prosedur berkenaan dan berhasrat ingin mencuba.
Dalam pada itu, Vida turut menitipkan pesanan untuk usahawan produk pelangsingan di luar sana untuk tidak melakukan pembedahan demi menipu pelanggan.
Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna.”
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:
The post “Saya Jadi Takut Di Saat-Saat Akhir” – Nak Cantik, DSV Dedah Hampir Potong Usus Sebab Terpengaruh Dengan Rakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments