#Hiburan: Orang KL Ada Riadah Dekat Sini? IWK Eco Park Taman Rekreasi ‘Rahsia’ Korang Kena Try

Bila duduk di bandar ni, pandang kanan bangunan, pandang kiri bangunan. Rasa macam tinggal dalam penjara konkrit!

Stressnya!!!

Advertisement

Kalau nak pergi ke taman rekreasi yang ‘okay’ pula kebanyakannya eksklusif untuk penduduk sesuatu tempat atau kejiranan. Bukan complain tinggal di bandar ni tak seronok, tapi kadang-kadang kita juga perlu melihat ‘kehijauan’ untuk ketenangan minda dan mental. 

Korang setuju tak dengan kami?

IWK Eco Park, Taman Rekreasi Dalam Bandar Yang Menenangkan Jiwa

Korang pernah dengar tentang IWK Eco Park? Untuk pengetahuan IWK ni merujuk kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd, sebuah syarikat pembetungan yang bertanggung jawab menyediakan berkhidmat kepada lebih 29 juta penduduk setara (PE) di Malaysia.

Seriuslah syarikat pembetungan ada taman rekreasi? 

Haaa.. Kalau korang nak tau, IWK Eco Park @ Pantai Dalam merupakan taman rekreasi yang dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (RSTP2), sebuah loji terbesar dan termoden di rantau ini. 

Ia terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur, dengan keluasan 12 hektar. Besar juga tu!

Di taman ini jugalah terletaknya projek hutan dalam bandar yang diberi nama “Khazanah Rimba”.  Ada macam-macam jenis pokok yang ada kat sini antaranya pokok Terap, Merbau, Sentol dan Kekatong. 

Fakta menarik tentang pokok Sentol ni, adalah pokok hutan yang tergolong dalam kategori buah-buahan nadir di Malaysia yang semakin jarang ditemui. Kami yakin ramai yang tak kenal pokok ni!

IWK Eco Park @ Pantai Dalam juga adalah tempat yang sangat tepat untuk melarikan diri dari kesibukan kerja seharian kita. Ini sangat penting untuk bantu tingkatkan kesihatan mental dan fizikal korang. Sambil-sambil tengok kehijauan, korang boleh beriadah dengan pelbagai kemudahan di IWK Eco Park @ Pantai Dalam. 

Pelbagai kemudahan dalam satu tempat IWK Eco Park @ Pantai Dalam

Bukan setakat taman untuk beriadah, di IWK Eco Park @ Pantai Dalam juga terdapat kemudahan rekreasi termasuk dua boleh dewan, Dewan Merbau dan Dewan Cengal, yang boleh digunakan untuk adakan majlis perkahwinan, korporat atau majlis tertutup.

Nak main sukan indoor pula kat sini ada juga kemudahan sukan gelanggang badminton, futsal dan bola jaring. 

Bagi aktiviti outdoor pula ada trek jogging di sini, sambil korang keluarkan peluh boleh juga menikmati pemandangan hijau yang indah. Kalau nak piknik pun, tempat ni onzz sangat! Nak Glam Piknik sebagai kejutan kepada yang tersayang? IWK Eco-Park @ Pantai Dalam ada menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kadar yang menarik.

Korang ada anak kecil? Bawalah mereka datang ke taman ni sebab ada taman permainan kanak-kanak yang terdapat di dalam IWK Eco-Park @ Pantai Dalam. Barulah anak korang dapat menerokai alam semulajadi.

Lari Dari Kesibukan Kota di IWK Eco Park @ Pantai Dalam

Haaa..  Tak perlu kalut nak cari tempat healing, IWK Eco Park kan ada! Taman rekreasi ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga tengah malam dan masuk adalah PERCUMA. Parking pun percuma!

Cuma korang mungkin akan dikenakan sedikit bayaran kalau nak guna  sesetengah kemudahan di situ atau kalau nak sewa dewan atau bilik mesyuarat.

Kalau korang berminat nak datang atau booking kemudahan di IWK Eco Park @ Pantai Dalam,  korang boleh email ecopark@iwk.com.my atau hubungi 0322420420.

The post Orang KL Ada Riadah Dekat Sini? IWK Eco Park Taman Rekreasi ‘Rahsia’ Korang Kena Try first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments