#Hiburan: Kes Hempas Bayi Ke Lantai, Ibu Kesal Pengasuh Bebas – “Tunggulah Hukuman Di Akhirat Pulak”

Sebelum ini, seorang pengasuh telah ditahan oleh pihak Polis gara-gara disyaki mendera bayi lelaki berusia tujuh bulan.

Menurut laporan Harian Metro, pengasuh berusia 22 tahun itu mendakwa bayi berkenaan terjatuh dari ‘baby walker‘.

Advertisement

Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati pengasuh telah menghempas kepala bayi sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas mangsa tidak berhenti menangis.

Selepas hanya setahun, kes itu telah dianggap selesai apabila pengasuh berkenaan dibebaskan selepas membayar denda sebanyak RM10,000.

Namun, ibu mangsa yang dikenali sebagai Eyna Myiena meluahkan rasa kecewa kerana menganggap hukuman yang dikenakan terhadap pelaku tidak setimpal kesalahan.

Nilainya hanya RM10,000 untuk kesalahan yang sampai mati tak boleh di lupakan. Murah sangat harganya, berbaloikah harga sebuah penderitaan yang terpaksa di tanggung selamanya?

Menerusi hantaran di laman Facebook, Eyna turut kesal apabila pelaku turut menyebabkan kecacatan kekal pada mata anaknya dan menyebabkan anaknya trauma pada semua benda namun bebas kerana wang ringgit.

Terima kasih Hakim Malaysia. Tunggulah hukuman di akhirat pula ye, mungkin Allah ringankan kat dunia tapi di akhirat yang pasti. Tak kena diri sendiri kena kat keturunan awak. Biar Allah yang balas segala perbuatan awak.

@eyiena8

doctor ada bgtau raid akn truma sbab operate kepla…

? original sound – eyiena8 – eyiena8

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 hari lalu

"Sunatkan Bayi Perempuan Haram di UK" - Dr Amalina Bakri

The post Kes Hempas Bayi Ke Lantai, Ibu Kesal Pengasuh Bebas – “Tunggulah Hukuman Di Akhirat Pulak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments