Siapa yang tidak kenal Neelofa, selebriti popular dan juga usahawan yang sering menjadi tumpuan netizen dan peminat di media sosial.
Terbaru, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail khabarnya sedang berada di Brunei bagi tujuan perniagaan.
@lofa.world semoga majlis malam ni berjalan dengan lancar?? #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #fyp? #FYP #HijrahCinta #Brunei
Namun, apa yang menjadi buah mulut netizen adalah kemunculan Neelofa yang berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang negara itu.
Dia yang disorong suaminya di atas kerusi roda telah menimbulkan tanda tanya dan ramai yang mula membuat spekulasi bahawa pengacara program Next To Neelofa itu kini sedang hamil anak kedua.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil bertanyakan sama ada Neelofa benar hamil ataupun tidak.
Mengandung lagi ke Neelofa? Kalau ya, tahniah.
Alhamdulillah Bilal bakal dapat adik.
Malah, ada juga yang telah meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Terdahulu, Neelofa merahsiakan kehamilan anak pertamanya iaitu Muhammad Bilal dan mengumumkan berita gembira itu kepada peminat pada ketika usia kandungannya mencecah 8 bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Nak Dapat Adik Tu..” – Disorong Atas Kerusi Roda, Netizen Teka Neelofa Hamil Lagi? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments