Menjadi seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah, lagi-lagi ketika di peringkat awal dimana banyak pantang larang serta perkara yang perlu dituruti demi kebaikan diri sendiri serta anak.
Namun, ada sesetengah perkara tidak dapat dielak dari berlaku, contohnya seperti kesan stretchmark kelihatan jelas di perut ibu dan itu merupakan perkara normal serta tidak perlu dipersoalkan.
Tetapi, terdapat seorang wanita telah membuat sesetengah hati ibu terguris setelah dia mempersoalkan kenapa stretchmark selepas ibu bersalin kelihatan teruk sedangkan perutnya dalam keadaan baik saja.
Aku as a mom rasa sensitif betul bila orang tanya soalan macam ni. pic.twitter.com/MVmare4Uad
— Kikin Saad (@kikinsaad) December 20, 2022
Biarpun hanya ingat bertanya, namun dari cara dia membandingkan perutnya dengan ibu-ibu itu yang membuatkan ramai berasa kurang senang melihat soalan sedemikian.
Jika meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita meluahkan rasa marah dan meminta individu berkenaan untuk lebih sensitif dari segi bertanya soalan kerana ia mampu menguriskan hati ramai pihak.
Sehingga artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih lebih 3000 retweet dan hampir 6000 tanda suka yang diterima daripada pengguna platform Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Saya Anak 4 Pun Takde Kesan” – Individu Dianggap Tak Sensitif Persoal Perut Ibu Bersalin Ada ‘Stretchmark'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments