Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman mendedahkan pembantu rumah ibu mentuanya dipercayai melarikan diri bersama barangan kemas bernilai RM300,000.
Bukan itu sahaja, hasil siasatan mendapati pembantu rumah itu turut sempat membelikan kekasihnya telefon bimbit dan telah merancang perkara tersebut sudah lama.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, Hayati bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila pembantu rumah itu akhirnya telah berjaya ditangkap dengan hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis.
Saya sendiri kejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3.00pg.
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan itu iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut tidak menyangka pembantu rumah itu mengkhianati kepercayaan anaknya.
Maid yang jadi perompak terhormat.. disayangi, ini balasannya. Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tergamak betul mencuri.
Jelas Bonda Rozita, bukan semua pembantu rumah jahat dan mempunyai niat buruk, malah dia meminta orang ramai untuk tidak memburukkan bangsa Indonesia kerana ianya salah disisi Islam.
Yang jahat ni ikut orang juga. Tak semua macam tu, ada ramai lagi yang baik. Yang berdosa dia, kita jangan tambah dosa dekat orang lain yang tak berdosa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) Bawa Lari RM300K Barang Kemas, Kakak Aliff Syukri Dedah Pembantu Rumah Siap Belanja ‘BF’ Iphone first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments