#Hiburan: Terbukti Berkesan! Zahiran & Eucerin Bersama 3 Gadis Kongsi Pengalaman Ubah Kehidupan

Jerawat dan kesan jerawat merupakan antara masalah wajah utama di Malaysia. Jika dibiarkan dan tidak dirawat, ia sebenarnya akan menjadi bertambah parah dan menyebabkan individu merasa rendah diri. 

Initiatif ini telah membawa Zahirah MacWilson menjemput 3 orang gadis yang mempunyai masalah jerawat dan kesan jerawat pada wajah dalam sebuah pengembaraan yang mengubah kehidupan bersamanya dan Eucerin.

Advertisement

3 Gadis Dalam Perjalanan Mengubah Kehidupan Bersama Zahirah

Pada bulan September yang lalu, Zahirah MacWilson melalui Instagram beliau telah memilih 3 orang gadis daripada 200 penyertaan yang diterima. 

Mereka yang terpilih ini mempunyai masalah jerawat dan kesan jerawat atas faktor berbeza. 

Ketiga-tiga gadis ini telah berjumpa dengan Zahirah dan Dr. Kartini, seorang perunding dermatologi bagi membincangkan masalah kulit wajah mereka.

Dr. Kartini telah memberikan mereka petua tentang penjagaan kulit wajah untuk kulit wajah berjerawat dan kesan jerawat. 

3 orang gadis yang terdiri daripada Ayuni, Izzah dan Batrisya telah diberikan rangkaian penjagaan wajah Eucerin ProAcne Solution dan dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam perjalanan mereka mengubah kehidupan.

Lihat sahaja hasil kulit wajah mereka hanya selepas 2 minggu penggunaan. Jelas dengan penggunaan yang konsisten Eucerin ProAcne Solution, membantu mengurangkan jerawat dan kesan jerawat pada wajah mereka.

Testimoni 1: 

Nama: Ayuni

Masalah wajah: Hormon & bertukar produk penjagaan wajah membuatkan kulit wajah berjerawat.

Testimoni 2:

Nama: Batrisya

Masalah wajah: Kulit sensitif & rawan jerawat (prone acne)

Testimoni 3:

Nama: Izzah

Masalah wajah: Kulit wajah berjerawat sejak zaman sekolah

Pakar kongsi kebaikan Eucerin ProAcne Solution 

Dr. Kartini juga kagum dengan perubahan kulit wajah mereka yang jelas semakin kurang berjerawat dengan kesan jerawat yang mulai pudar.

Beliau menerangkan, kandungan Salicylic Acid dan Thiamidol yang dipatenkan dalam formulasi Eucerin ProAcne Solution telah terbukti secara klinikal berkesan untuk mengurangkan jerawat dan kesan jerawat.

Untuk pengetahuan Thiamidol yang dipatenkan merupakan bahan No. 1 yang terbukti berkesan membantu mengurangkan penampilan kesan jerawat gelap atau kemerah-merahan (hiperpigmentasi pasca inflamasi (postinflammatory hyperpigmentation)). Bahan ini juga menghalang penghasilan melanin untuk memudarkan kesan jerawat.

Manakala Salicylic Acid pula bertindak mengurangkan jerawat dengan melawan penyebab jerawat, pori tersumbat dan pertumbuhan bakteria. Bahan ini menanggalkan sel kulit mati dan membuka pori tersumbat selain mempunyai ciri anti-bakteria yang penting untuk menghalang jerawat.

Rutin yang terbukti secara klinikal mengurangkan jerawat dan kesan jerawat dalam 7 hari*

Mengikuti secara rapat perjalanan mengubah kehidupan Ayuni, Batrisya dan Izzah. Zahirah sangat gembira dengan perubahan yang dialami oleh ketiga-tiga gadis itu. 

Dia juga mencadangkan kepada sesiapa yang mempunyai kulit wajah jenis berminyak dan rawan jerawat untuk menggunakan rangkaian Eucerin ProAcne Solution bagi merasai sendiri keberkesanannya.

Cara penggunaan: 

Langkah 1: Gunakan Eucerin ProACNE Solution Cleansing Gel untuk mencuci kotoran pada wajah.

Langkah 2: Sapukan satu pam Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum pada keseluruhan muka yang telah dibersihkan. Gunakan untuk rutin penjagaan kulit siang dan malam.

Langkah 3: Gandingkan bersama Eucerin Proacne Solution A.I. Clearing Treatment untuk merawat jerawat. Ia mengandungi 10 peratus Hydroxy Complex iaitu kombinasi 3 asid pengelupasan yang sangat berkesan, AHA/BHA/PHA. 

Eucerin Proacne Solution A.I. Clearing Treatment disyorkan untuk digunakan pada waktu malam.

Penggunaan rangkaian Eucerin ProAcne Solution terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan jerawat sehingga 64 peratus dan kesan jerawat sehingga 80 peratus.

Nak kulit yang sihat, bersih tanpa cela? Cubalah Eucerin ProAcne Solution!

Jangan biarkan jerawat dan kesan jerawat mengurangkan keyakinan diri anda, dapatkan rangkaian Eucerin ProAcne Solution di farmasi berhampiran hari ini. 

Gunakan promo kod ‘EUCESAMPL’ untuk menikmati diskaun RM10, semasa anda membeli produk Eucerin ProAcne Solution di Shopee.

Tak tau produk Eucerin yang sesuai kulit wajah anda? Dapatkan konsultasi di Whatsapp Eucerin.

Maklumat lanjut layari laman sesawang Eucerin atau ikuti Facebook, Instagram dan TikTok Eucerin Malaysia.

*Tertakluk terma & syarat. Hanya boleh digunakan sekali untuk setiap pemilik akaun dan tidak boleh digunakan semula selepas tamat tarikh sah penggunaan.

The post Terbukti Berkesan! Zahiran & Eucerin Bersama 3 Gadis Kongsi Pengalaman Ubah Kehidupan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments