#Hiburan: Tragedi Kebakaran, Cik B Terkenang Akan Dua Orang Abang Yang Telah Pergi Setiap Kali Hampir Tiba Lebaran

Menjelang Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, personaliti TV Cik B yang merupakan anak perempuan kepada Datuk Seri Vida pasti akan terkenang akan pemergian dua orang abangnya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikrie yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Ipoh pada tahun 2013 yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66)

Advertisement

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin,16, berkata bahawa dia sentiasa mengingati kenangan bersama kedua abangnya itu lebih-lebih lagi ketika bulan puasa.

Ujarnya, Allahyarham sering memasak makanan untuknya ketika bersahur dan selalu mengejutkan dirinya dari tidur pada setiap pagi.

Tampil berkongsi mengenai kejadian yang berlaku tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri itu, kedua-dua abangnya pada ketika itu masing-masing berumur 10 dan 11 tahun telah memakai baju baru yang sepatutnya dipakai pada pagi raya.

Advertisement

“Mereka memakai baju raya. Memang nampak sangat teruja. Bukan saja baju, abang Edrie juga memakai jam tangan barunya. Kedua-duanya memang sangat kacak.”

Pada hari kejadian, Cik B turut bersama adiknya, Kacak berada di tempat kejadian di mana ianya sebuah rumah yang didiami pekerja ibu mereka.

Cik B dan abangSumber : Google  

“Ketika itu saya berada di luar rumah bersama Kacak sebab malu nak masuk ke dalam kerana ianya rumah bujang untuk pekerja Mama. Tiba-tiba saya nampak abu berterbangan dan mula nampak kepulan asap daripada satu sofa yang sedang terbakar. Saya lari ke pengawal keselamatan dan beritahu bahawa ada kebakaran. Jiran pun datang tolong.”

Cerita Cik B lagi, dia juga teringat bahawa ada pekerja yang cuba menyelamatkan kedua-dua abangnya itu namun takut untuk terjun dari tingkat atas namun berlari menuju ke tandas.

DSV Sumber : google  

“Di situlah jasad mereka ditemukan dalam keadaan dipeluk seorang pekerja mama yang turut meninggal dunia…” ujar Cik B lagi.

Difahamkan juga, arwah bukanlah meninggal kerana terbakar namun sesak nafas akibat asap tebal pada ketika hari kejadian.

Tambah Cik B lagi, dia merasa rindu dan yakin sekiranya abang-abangnya itu masih hidup sehingga ke saat ini, sambutan Aidilfitri pasti lebih meriah diraikan bersama keluarga.

The post Tragedi Kebakaran, Cik B Terkenang Akan Dua Orang Abang Yang Telah Pergi Setiap Kali Hampir Tiba Lebaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments