Topik hangat yang diselumbungi pengacara terkenal Neelofa mengenai dirinya melanggar standard operasi prosedur (SOP) tidak berakhir lagi.
Baru-baru ini jenama batu kristal mewah antarabangsa, Swarovski memberitahu di akaun rasmi Twitter mereka bahawa Neelofa dan Swarovski tidak lagi bekerjasama.
Perkara tersebut diberitahu apabila salah satu warganet bertanya mengenai status kolaborasi diantara Neelofa dan Swarovski.
Pengguna Twitter @azba95 ulang kicau kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa sehingga dikenakan kompaun baru-baru ini, membandingkan situasi tersebut dengan selebriti di Korea Selatan.
Beliau berkata jika Neelofa merupakan selebriti Korea Selatan, isu sebegini mampu membuatkan selebriti disana hilang kolaborasi sebagai duta jenama tersebut.
Tidak berdiam diri, jenama Swarovski turut membalas ciapan tersebut dengan mendedahkan status terkini mereka dengan Neelofa.
Thank you for reaching out. We can confirm that we’re no longer working with Neelofa.
Neelofa merupakan wanita hijab pertama yang menjadi penghias billboard jenama antarabangsa Swarovski sejak 2017, malah busana nikahnya juga dihiasi dengan 5000 butir batu kristal Swarovski.
The post Lepas Isu Langgar SOP, Jenama Barang Kemas Popular Dedah Neelofa Bukan Lagi Duta first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments