Pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon, Pencetus Ummah (PU) Azman ada membawakan watak sebagai anak derhaka dalam sebuah drama bersiri terbaru berjudul Bila Syaitan Berbisik yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi.
Menurut PU Azman, membawa watak sedemikian merupakan sesuatu yang agak berat untuk dilakonkan.
View this post on Instagram
Babak di mana dia bersama seorang pelakon wanita senior yang menjadi ibunya dalam drama tersebut mengingatkan dia kepada arwah ibunya sendiri.
“Berat aku nak bawak watak ini. Teringat arwah mak. Aku taklah derhaka sampai macam tu. Tapi bila babak melibatkan hubungan anak dan mak (aku sedih)…”
PU Azman yang lebih mesra disapa sebagai Cik Man berkongsikan sedutan babak berkenaan di laman Instagram untuk tatapan peminat serta pengikut media sosialnya.
View this post on InstagramAdvertisement
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada pengarah Rashid Sibir yang digelar sebagai ‘bapak’ kerana memberikan peluang untuk dirinya berlakon dan sering membimbing untuk menjadi lebih baik dalam industri lakonan.
Meninjau ruangan komen, lakonan pendakwah selebriti itu dipuji ramai netizen yang rata-rata menganggap persembahan PU Azman semakin hebat dan mengancam.
Drama Bila Syaitan Berbisik tersebut akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam menerusi saluran Astro Ria.
The post Bawa Watak Anak Derhaka, Lakonan PU Azman Dapat Pujian Ramai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments