#Hiburan: Dikritik Kongsi Wajah Anak Kedua Siti Nurhaliza Sejurus Selepas Dilahirkan, Ini Respon Asyraf Khalid

Kelmarin ramai yang menyambut gembira khabar berita mengenai kelahiran anak kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Dalam pada keseronokan itu, berbunyi pula beberapa suara sumbang yang mengkritik anak tirinya, Asyraf Khalid.

BACA: (TAHNIAH) Aafiyah Dah Dapat Adik, Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua Pagi Tadi

Advertisement

Ini kerana lelaki itu dan isterinya, Tya Arifin didakwa seperti menggunakan berita itu untuk menarik tontonan video yang tinggi di saluran YouTube mereka.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Tambahan pula, Siti Nurhaliza yang dilihat hanya menayangkan sedikit sahaja gambar anak keduanya namun Asyraf dan Tya telah memuat naik vlog panjang selepas kelahiran bayi itu dengan menunjukkan muka penuhnya. Selain turut memuat naik foto di laman Instagram mereka.

Rata-rata netizen di Twitter meluahkan rasa kesal kerana pasangan itu sepertinya tidak menghormati Siti Nurhaliza dengan melakukan hal tersebut.

asyraf khalid dikecam asyraf khalid dikecam asyraf khalid dikecam asyraf khalid dikecam asyraf khalid dikecam asyraf khalid dikecam

Dalam pada itu, Asyraf dilihat menjawab persoalan salah seorang pengikut laman media sosial miliknya mengenai hal tersebut.

“Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini.”

asyraf khalid dikecam

Untuk pengetahuan anda, nama Asyraf sebelum ini turut terpalit dengan kritikan apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah selepas dilahirkan pada 2018.

The post Dikritik Kongsi Wajah Anak Kedua Siti Nurhaliza Sejurus Selepas Dilahirkan, Ini Respon Asyraf Khalid first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments