Semakin kacak, itulah antara pujian peminat yang ditujukan buat PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail semenjak bergelar suami kepada selebriti terkenal, Neelofa.
Kata-kata pujian tersebut ditinggalkan peminat di ruangan komen foto terbaru yang dimuat naik Haris menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
Meninjau ruangan komen foto tersebut, ramai peminat terutamanya wanita tampil memuji ketampanan pendakwah bebas itu selepas mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta pada 27 Mac yang lalu.
Malah, ada yang menyamakan wajah Haris dengan beberapa selebriti lain seperti Hairul Azreen dan juga penyanyi Sufian Suhaimi.
Ada juga yang kecewa benar dengan Haris yang sudah berkahwin dan semakin tampan dari hari ke hari.
“Pening lihat awak kacak sangat..” tulis seorang pengguna media sosial.
Mungkin tidak tahan dengan komen pujian, Haris kemudiannya telah memadam foto tersebut daripada laman Instagramnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Haris dan Neelofa telah selamat mendirikan rumah tangga akhir Mac lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara.
Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dan perdebatan dalam kalangan netizen apabila didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
The post “Pening Tengok Awak Kacak Sangat..” Peminat Puji PU Riz Makin Kacak Lepas Kahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments