#Hiburan: Rebut Ganjaran Pahala Menderma Di Bulan Mulia. Ini Ada Satu Cara Mudah Untuk Korang Bersedekah!

Kedatangan bulan Ramadan sentiasa dinanti oleh umat Islam saban tahun. Bulan rahmat dan barakah ini menjanjikan 1001 rahmat dalam setiap perkara yang dilakukan.

Pada bulan mulia ini, umat Islam sangat dianjurkan untuk menambah amalan dengan bersedekah. Sedekah dapat menjadi penghapus dosa, memberi keberkatan pada rezeki serta dilipat gandakan ganjaran pahala. Jadi takkan korang tak nak rebut peluang untuk bersedekah ni?

Advertisement

Korang tau tak, kini dengan pembelian barangan keperluan harian pun korang dah boleh bersedekah tau? Tapi barang apa yang kena beli?

Ayuh membeli sambil menderma!

Bagi melipatgandakan ganjaran di bulan mulia ini, Daia ingin mengajak pengguna bersama-sama meraikannya dengan penuh kesyukuran.

Caranya mudah saja, korang hanya perlu membeli Serbuk Pencuci Pakaian Daia  2.2/2.3kg, kemudian daripada setiap pembelian RM0.20 akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan. Mungkin pada korang jumlah itu sikit, tapi jika dikumpulkan ia dapat memberi kegembiraan pada mereka yang memerlukannya.

Dengan memberilah kita dapat berkongsi rasa bahagia, dan secara tidak langsung dapat meringankan duka mereka yang menerima pemberian ini.

Advertisement

Jom saksikan kisah bagaimana keluarga Aman menjadikan raya tahun ini lebih bermakna dengan DAIA.

Pakaian lebih bersih dengan Serbuk Pencuci Pakaian Daia Eau De Parfum

Pakaian sukar kekal harum dengan pencuci biasa? Apa kata korang beralih kepada Serbuk Pencuci Pakaian Daia Eau De Parfum. Kalau korang yang biasa guna perfume, korang mesti tau yang Eau De Parfum atau EDP ialah wangian yang tahan lama dan kekal pada pakaian. 

Itulah formulasi terbaru yang terdapat pada Serbuk Pencuci Daia dengan wangian yang direka oleh pengeluar minyak wangi terkemuka dunia.

Korang pasti terpesona dengan keharumannya dalam setiap cucian dan yang pasti korang tak kan jumpa pada jenama serbuk pencuci yang lain. Keharuman EDP pada pakaian gerenti buat orang sekeliling terpikatlah.

Diformulasikan dengan Teknologi Triple Enzim

Bukan sekadar keharuman EDP yang tahan lama, serbuk pencuci pakaian Daia juga diformulasikan dengan Teknologi Triple Enzim yang dapat menanggalkan kotoran degil dan menghilangkan bau hapak dengan pantas. Semuanya hanya dalam satu cucian.

Daia Raya Kita, Pahala Bersama

Jadi apa tunggu lagi beralihlah ke Daia bagi mendapatkan kuasa cucian terbaik dan beramal sepanjang bulan yang mulia ini.

Serbuk Pencuci Daia terdapat 4 varian iaitu Eau De Parfum, Lemon Citrus, Color Shield dan White Action with Anti Bacterial. Korang boleh dapatkan rangkaian produk Daia di pasaraya berdekatan atau di platform membeli-belah atas talian seperti Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Daia ikuti Facebook Daia Malaysia.

Jom kekal BERSIH, WANGI, BERSERI Ramadan dan Aidilfitri ini dengan Daia.

Advertisement

The post Rebut Ganjaran Pahala Menderma Di Bulan Mulia. Ini Ada Satu Cara Mudah Untuk Korang Bersedekah! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments