Pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz memang diketahui ramai sering memuat naik gambar keluarga dan sudah tentu keletah anak ketiga kepada pasangan ini iaitu Aisha Amaira sering sahaja mencuri perhatian peminat kerana aksinya yang comel dan mencuit hati.
View this post on InstagramAdvertisement
Aisha yang baru sahaja berumur lapan bulan itu selalu menjadi tumpuan dan oleh disebabkan itu, ada peminat sudah meminta Fasha agar melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.
Namun, pelakon filem Anak Mami Kembali itu menjelaskan bahawa dia belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, dia juga tidka menolak jika dikurniakan rezeki dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.
View this post on Instagram
“Alamak! InsyaAllah tapi belum lagi la sis..Aisha masih kecil. Kasihan dia, InyaAllah lagi dua tiga tahun.” balas Fasha apabila diajukan permintaan untuk dia beranak lagi dari perminat.
Terdahulu, Aisha Amaira Mohd Aidil telah dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.
View this post on Instagram
Fasha dan Aidil sebelum ini telah berkahwin pada Mac 2019 dan merupakan perkahwinan kali kedua buat pelakon wanita itu.
Dia juga mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Putra Rayfal Ramli,7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
The post “Kesian Aisha Masih Kecil..” Peminat Minta Beranak Lagi, Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments