Setelah hampir tiga minggu bertarung nyawa, bapa kepada penyanyi Azlan & The Typewriter, Sallehudin Che Ani,68 dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang semalam di Hospital Selayang.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dan telah mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama hampir dua minggu.
Azlan yang ditemui media mengesahkan perkara tersebut dan reda dengan pemergian bapa tercinta.
Lebih mendukacitakan, Azlan memberitahu dia tidak dapat berada di sisi bapanya ketika saat dan detik terakhir arwah berada di dunia namun hanya mampu melihat pemergian bapanya menerusi sidang video.
View this post on Instagram
“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir. Walaupun tak dapat berada di samping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran untuk buat sidang video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu.”
Advertisement
Penyanyi lagu Jangan Khianati Aku itu walau bagaimanapun hanya berserah pada ketentuan Allah S.W.T dan akur kerana tidak dapat menguruskan jenazah bapanya itu kerana SOP COVID-19.
Jelas Azlan, pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad mengikut prosedur yang ditetapkan berikutan penyakit berjangkit yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah Allahyarham.
Takziah diucapkan buat Azlan dan keluarga di atas pemergian bapa tercinta.
The post (TAKZIAH) Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments