Sendu kan apabila anda scroll kesemua gambar percutian terdahulu? Diam tak diam, dah dekat setahun lebih penduduk dunia terjerat di negara sendiri dek situasi pandemik yang meledak dengan tiba-tiba. Haihhh… dah berkurun tak merasa naik pesawat sampaikan lupalah jalan nak ke lapangan terbang.
Namun kita boleh menarik nafas lega sebabnya vaksin sudah pun tiba di negara ini dan dalam proses untuk diagihkan kepada semua. Apabila keadaan dah bertambah baik, nescaya kita dah boleh kembali menjejaki pelbagai negara yang dirindui. Tak sabarnya!
Destinasi selamat dan mesra Muslim
Bagi menyiapkan diri sebelum ke luar negara, anda kenalah kaji destinasi mana yang sesuai untuk ‘diterjah’ nanti. Bagi memastikan anda kekal dilindungi meskipun situasi pandemik sudah pulih nanti, kenalah pilih negara yang mampu menangani masalah tersebut dengan baik.
Psttt… Taiwan yang dikenali sebagai ‘Hati Asia’ merupakan antara negara yang berjaya mengekalkan kadar jangkitan yang rendah sepanjang situasi wabak ini. Nah! Jadi, ia sepatutnya menjadi antara negara yang berada tinggi dalam senarai tempat yang anda mahu lawati.
Yang paling best, Taiwan juga merupakan destinasi yang mesra Muslim tahu. Bahkan ia menduduki tempat ke-3 sebagai negara yang menyediakan persekitaran mesra Muslim bagi negara bukan OIC. So, anda tak perlu khuatir atau was-was sekiranya susah untuk mencari makanan Halal, ruangan solat serta tanda arah kiblat di bilik hotel. Mudah amat!
Alami aktiviti ‘outdoor’ di Taiwan
Percutian keluarga yang menyeronokkan bukan lagi angan-angan sekiranya anda menjejaki kaki ke Taiwan. Dengan pelbagai kemudahan yang banyak kini, anda serta ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati pemandangan alam menerusi aktiviti perkhemahan ataupun ‘glamping’.
Dengan lebih 1,700 tapak yang bertaburan di sana, anda diberi pilihan untuk mengalami pemandangan kegemaran. Daripada pemandangan tepi pantai, bersantai di tepi tasik mahupun di atas pergunungan ataupun di Taroko Gorge sendiri.
Lagi umphhh, pelbagai aktiviti riadah disediakan untuk mengisi masa anda ketika berkhemah. Cakap sahaja sama ada mandi-manda di kolam air panas, memanjat gunung, berkayuh, meluncur, memanjat batu ataupun menelusuri laluan sungai, semuanya ada!
Bersempena 2021 yang diangkat sebagai tahun pelancongan mengayuh di Taiwan, anda juga mesti lalui pengalaman berbasikal di ibu kota ataupun di Taitung Chishang bersama keluarga. Best!
Mahu ke Taiwan?
Kalau anda rindukan Taiwan ataupun mahu ke sana buat pertama kali apabila keadaan sudah lega nanti, apa kata anda rasai dahulu pengembaraan ke seluruh negara tersebut dengan Oh Bear?
Apabila anda ikuti permainan bersama Oh Bear, dalam masa yang sama, anda boleh alami perasaan meneroka pekan kecil di Taiwan, memanjat gunung, kawasan rekreasi, taman negara dan kawasan ekologi yang dilindungi.
Jangan terlepas peluang untuk memenangi pelbagai hadiah sambil menikmati pemandangan cantik dengan sertai Oh Bear berkayuh di sekitar Taiwan.
Jadi, macam mana nak sertai permainan ini?
Oh Bear akan mengeluarkan komik pada setiap minggu dan anda hanya perlu mengikuti pengembaraan tersebut dan lengkapkan tugasan yang diberikan. Ingat! Peraduan ini hanya berlangsung dari 7 April ke 30 Jun sahaja tahu, jadi jangan leka.
- Mesti IKUTI laman Instagram dan Facebook Taiwan Tourism Bureau.
- Mesti BACA komik dan sertai permainan. Selepas dihantar, ia akan menjadi lampiran TERAKHIR untuk bab tersebut.
- Muat naik gambar berkenaan ke IG Story dan cipta highlight di Instagram bernama #MyTWJourney
Jangan lupa untuk LIKE laman Facebook dan Instagram Taiwan Tourism Bureau sebelum memulakan permainan anda di hub sosial.
Banyak hadiah yang menanti anda, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, serius tak rugi malah menguntungkan lagi.
- Tempat pertama: Basikal lipat berharga RM3,000.
- Tempat ke-2 hingga ke-4: Kad Touch’n Go bernilai RM200 dan Milk Tea diimport dari Taiwan berharga RM55.
- Tempat ke-5 hingga ke-7: Snek diimport dari Taiwan bernilai RM150.
- Tempat ke-8 hingga ke-10: Kad Touch’n Go bernilai RM50 dan sekotak kek nenas berharga RM40.
Dah tak sabar nak join? Jangan lupa lawati laman Taiwan Tourism Social Hub bagi memulakan pengembaraan anda. Anda juga boleh singgah di laman Taiwan Tourism Malaysia dan Facebook Taiwan Tourism Bureau mereka untuk dapatkan maklumat lanjut.
Sertai permainan ini dan Salam Taiwan buat anda!
The post Rindu Nak Melancong? Ini Tips Mudah Untuk Merasai Suasana Di Taiwan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments