#Hiburan: Adibah Noor Bimbang Kes Positif COVID-19 Makin Meningkat

Sedia maklum bahawa kes positif COVID-19 di Malaysia kembali meningkat apabila kes harian telah pun mencatat lebih dari 3000 kes sejak semalam.

Menerusi akaun Twitter rasmi milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu jumlah kes dalam negara telah mencatatkan 3332 kes positif COVID-19.

Advertisement

Pelakon dan penyanyi Adibah Noor meluahkan rasa kerisaunya di laman media sosial Twitter mengenai perkara yang dimuatnaik oleh Dr Noor Hisham itu.

Adibah Noor turut bimbang sekiranya pihak kerajaan melakukan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga jika kes positif COVID-19 dalam negara terus meningkat.

Melihat ruangan komen di bawahh Tweet tersebut, kebanyakkan netizen juga meluahkan rasa bimbang apabila melihat perkara tersebut dan menasihati satu sama lain agar sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan.

 

The post Adibah Noor Bimbang Kes Positif COVID-19 Makin Meningkat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments