Tindakan pelakon jelita, Zahirah MacWilson yang tidak sesekali meninggalkan anak sulungnya, Isac Raees ketika bekerja nampaknya telah mencuri hati peminat.
Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson,26, ada berkongsikan foto dia memerhatikan anaknya itu ketika sedang ditatarias oleh jurusolek di ruangan Instagram Storynya.
View this post on Instagram
Ujar Zahirah, dia berasa sangat beruntung kerana dapat membawa Isaac ke tempat kerja namun memahami tidak semua ibu memperoleh peluang yang sama.
“Alhamdullilah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini. Kalau tinggal, tidak bermakna kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga.”
Tambahnya lagi,semenjak bergelar seorang ibu, dia kini lebih memahami segala pengorbanan yang dilakukan ibunya, Maslinda Yusof selama ini.
Terdahulu, pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat ini telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aiman Hakim Ridza,32, pada 20 Februari tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Isaac Reyes yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.
The post Sentiasa Dalam Pandangan, Zahirah Macwilson Dipuji Tak Tinggal Anak Ketika Bekerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments