#Hiburan: “Kau Dah Kenapa…” – Michael Ang Berang Dengan Isu Guru Buat Lawak Seksual

Michael Ang berang selepas mendapat tahu seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah didakwa membuat gurauan yang melampui batas seperti menggalakkan pelajarnya melalukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Pengarah dan penerbit terkenal tersebut berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan gurauan dan mempertikai kreditibiliti guru tersebut.

Advertisement

Michael Ang berkongsikan luahan tersebut di laman Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Sesiapa saja cikgu yang ajar kelas budak ni dan buat joke tu I have one thing nak cakap dekat cikgu tu! Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?

Menerusi laman Instagram nya, Michael Ang memuatnaik semula video pendedahan yang dibuat oleh pelajar tersebut di TikTok yang tular sejak beberapa hari yang lalu.

Michael Ang yang berasa amat marah mengenai isu ini, meminta agar guru tersebut diberhentikan dari mengajar dengan segere.

Apa-apa pun, please ban the teacher to ever teach again!

Video tersebut telah meraih perhatian dari pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Ismail yang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera membuat siasatan mengenai isu ini.

The post “Kau Dah Kenapa…” – Michael Ang Berang Dengan Isu Guru Buat Lawak Seksual first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments