Kecoh beberapa hari ini apabila isu melibatkan pelajar perempuan dipaksa untuk menjalani pemeriksaan sama ada mereka benar-benar didatangi haid ketika bulan Ramadan kerana tidak dapat berpuasa.
Perkara tersebut telah menjadi perbualan hangat di mana rata-rata netizen menganggap amalan tersebut sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan dan memalukan. Namun, ada juga yang menyokong ‘usaha’ guru yang ingin memastikan murid bercakap benar dan tidak menipu dengan membenarkan perkara tersebut dilakukan ke atas murid-murid perempuan di sekolah.
View this post on Instagram
Tertarik dengan isu tersebut, pelakon Sharifah Amani dan juga kakanynya, Sharifah Aleya tampil berkongsikan pengalaman ‘hitam’ apabila turut mengalami perkara yang sama ketika di bangku sekolah.
Menerusi laman Twitter, Sharifah Aleya mendedahkan bahawa perkara seperti itu menjadi sebab ibunya, seniwati Fatimah Abu Bakar tidak menghantarnya ke sekolah berasrama penuh.
Malah, adiknya, Sharifah Amani turut berkongsikan perkara yang sama malah pernah memberi amaran tegas kepada ustazah di sekolah ketika perkara tersebut berlaku.
“Dulu ustazah pernah nak periksa saya..kemudian saya teringat, mama cakap kalau ada sesiapa yang sentuh kita tanpa keizinan, kita boleh heret ke polis. Jadi saya jawab kat ustazah ‘silalah ustazah kalau berani hadap polis’. Dia cuak kemudian lepaskan saya. Nasib baik mama ajar kami..”
Advertisement
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada netizen meminta pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai soal pemeriksaan secara paksa ke atas pelajar untuk membuktikan mereka ini kedatangan haid.
View this post on Instagram
Malah, individu tersebut turut mendedahkan bahawa terdapat sekolah yang melakukan pencerobohan privasi di mana telah meminta pelajar perempuan mencalit kemaluan mereka untuk menunjukkan darah haid kepada guru atau pengawas sekolah.
Perkara tersebut telah menimbulkan kekecohan dan ianya telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memandang serius dengan amalan sesetengah guru yang tidak bertamadun ini.
The post Berang Isu Guru ‘Spot Chek’ Haid Ketika Bulan Puasa, Sharifah Amani Dan Sharifah Aleya Kongsi Pengalaman Hitam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments