#Hiburan: Bekas Isteri Harap Selesai Cara Baik, Sam Bunkface Mohon Pindaan Pemberian Nafkah Anak

Penyanyi kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom,34, dilaporkan telah memfailkan permohonan pindaan tuntutan nafkah terhadap anak lelakinya, Maleeq yang merupakan hasil perkongsian hidup bersama bekas isteri, Aida Azira Hussin, hari ini.

Sam difahamkan membuat tuntutan tersebut setelah proses Sulh antara dia dan bekas isteri gagal mencapai kata putus pada bulan lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

Walaubagaimanapu, Sam tidak kelihatan hadir pada sebutan kes pertamanya yang sepatutnya berlangsung hari ini bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.

Hanya peguamnya Liyana Sihar hadir pada prodising hari ini.

Manakala peguam Aida Azira menjelaskan bahawa pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai pindaan apa yang diinginkan Sam dan sebutan kedua bakal diadakan pada Jun ini.

“Dia tuntut untuk ubah perintah nafkah anak. Sebelum ini, perintah menetapkan dua terma untuknya iaitu pertama, bayar nafkah bulanan sebanyak RM1,000 sehingga Disember tahun lalu dan RM1,300 bermula Januari tahun ini. Sekarang Sam ingin ubah kepada satu angka yang kami masih belum pasti. Jadi timbul isu daripada segi pembayaran angka nafkah bulanan yang patut dibayarnya itu.” ujar peguam Aida, Yusfa Hanis Yusoff.

Advertisement

Sementara itu, Aida yang turut ditemui berkata dia berharap kes tersebut tidak berlanjutan lama dan dapat diselesaikan dengan baik.

Aida berkata dia hanya ingin anaknya Maleeq menerima nafkah yang secukupnya dan meneruskan hidup serta fokus kepada kerjayanya kini.

Sam Bunkface AidaSumber : Google  

“Saya tak nak ada apa-apa lagi. Saya cuma nak besarkan anak saya dalam keadaan yang sempurna dan mencukupi. Itu saja.” ujar Aida.

Terdahulu, Sam dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Namun pada tahun 2019, pasangan ini telah mengumumkan bahawa telah bercerai.

View this post on Instagram

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

Sam kemudiannya telah bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada Disember tahun lalu.

The post Bekas Isteri Harap Selesai Cara Baik, Sam Bunkface Mohon Pindaan Pemberian Nafkah Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments