#Hiburan: Neelofa Sekali Lagi Mohon Maaf, Jadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran

Siasatan kes melibatkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) pasangan selebriti, Neelofa & Haris akhirnya selesai apabila mereka dikenakan kompaun berjumlah RM60k.

BACA: Majlis Nikah Dan Rentas Negeri Langgar SOP, Neelofa Dan Keluarga Dikenakan Kompaun RM60,000

Advertisement

Terbaru, Neelofa menerusi hantaran di Facebook meminta maaf sekali lagi dan akan menjadikan kes ini sebagai pengajaran.

Katanya lagi, ini juga adalah satu peringatan buatnya dan semua yang terlibat di dalam majlis kahwin supaya menitikberatkan kepentingan SOP.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan Neelofa perlu membayar sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan manakala PU Riz pula hanya sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika merentas negeri.

Bagi pihak keluarga pula, seramai 20 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah berlangsung.

The post Neelofa Sekali Lagi Mohon Maaf, Jadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments