#Hiburan: Nadhir Nasar Dedah Ambil Masa Sebulan Untuk Dalami Watak Bagi Projek: Anchor SPM

Pelakon baru drama yang sedang meningkat naik Projek: Anchor SPM, Nadhir Nasar berjaya menarik hati netizen dengan lakonannya sebagai watak Hilmi di dalam drama tersebut.

Watak Hilmi yang merupakan ketua pelajar yang bergolak di antara persahabatan dan percintaan telah berjaya dibawa oleh Nadhir dengan cemerlang dalam drama itu.

Advertisement

Sejak drama itu ditayangkan, Nadhir berjaya mencuri hati netizen, malah di platform media sosial Twitter tak henti-henti netizen memuji watak Hilmi yang cukup berkesan itu.

nadhir nasar

Watak Hilmi di dalam drama Projek: Anchor SPM berjaya dibawa oleh Nadhir Nasar.

Menurut pemenang Hero Remaja 2020 tersebut di dalam temubual bersama Gempak, persediaan membaca skrip yang mengambil masa sebulan untuk drama ini antara satu faktor utama kejayaan dia dapat menjiwai watak.

Persediaan main peranan cukup penting. Seminggu tu dalam tiga empat kali saya datang untuk persediaan menjadi Hilmi, begitu juga pelakon lain.

Tambahnya lagi, pengarah, pasukan produksi dan juga pelakon lain juga banyak membantu dirinya membina karakter Hilmi tersebut.

Razaisyam, Anwari, producer, pelakon lain semua banyak bantu saya bagaimana nak bina karakter Hilmi. Namun, paling banyak guide saya adalah Anwari, dia dah macam bapa saya dalam Projek: Anchor SPM.

Advertisement

Drama terbaru Projek: Anchor SPM yang disiarkan pada setiap hari Isnin jam 9 malam di Astro Citra.

 

 

 

The post Nadhir Nasar Dedah Ambil Masa Sebulan Untuk Dalami Watak Bagi Projek: Anchor SPM first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments