Di Facebook, seorang peniaga burger meluahkan rasa terkilan apabila didakwa dikenakan kompaun sehingga RM50,000. Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang menjalankan perniagaan di hadapan rumah dipercayai didenda bagi kesalahan berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.
Tumpang simpati dengan nasib yang menimpa abang burger, penyanyi rap, Caprice telah menghubunginya bertanyakan khabar dan meminta izin untuk membuka tabung derma. Tabung berkenaan bertujuan untuk meringankan beban menyelesaikan jumlah kompaun yang tinggi.
View this post on Instagram
Kita dekat sosial media ada satu soalan sahaja, kenapa bila berlaku dekat orang biasa, on the spot terus kena kompaun? Tetapi bila berlaku kepada orang kaya ke, orang ada nama ke, VVIP ke kena siasat dulu?
Menerusi hantaran tersebut, Caprice berharap abang burger sudi menerima bantuan yang dihulurkannya. Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada abang burger memberi keizinan atau pun tidak.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan pantas Caprice menghulurkan bantuan. Begitupun, ada yang mencadangkan supaya rayuan dibuat untuk mengurangkan jumlah kompaun terlebih dahulu.
The post Ramai Nak Tolong Abang Burger Bayar Kompaun, Caprice Minta Izin Buka Tabung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments