#Hiburan: Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin, Hannah Delisha Akui Teruja

Pelakon dan penyanyi jelita, Hannah Delisha mengakui berasa sangat teruja apabila dapat bergandingan bersama suami tercinta dalam sebuah drama yang berjudul Kisah Rumah Tangga : Rindu Salah Alamat.

Difahamkan, ini merupakan projek lakonan pertama buat Hannah dan Imam Shah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch ada  memuat naik sekeping foto mereka berdua berpegangan tangan dipercayai diambil ketika di set penggambaran menerusi Instagram Imam Shah.

View this post on Instagram

A post shared by imam shah (@imamemy)

“Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura. Sangat teruja dengan drama ini, tolong maafkan muka penat kami. Menjalani penggambara dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar..”

Drama Kisah Rumah Tangga : Rindu Salah Alamat ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di Astro Ria.

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by imam shah (@imamemy)

Terdahulu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang juga pelakon kelahiran seberang tambak, Imam Shah pada 18 Februari di Singapura.

Hannah dan Imam khabarnya telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk bergelar suami dan isteri.

The post Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin, Hannah Delisha Akui Teruja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments