#Hiburan: Tular Video TokTi Terima Ramai Pelawat Di Hospital, Asyraf Khalid Mohon Maaf

Gara-gara video lawatan ke hospital yang dimuat naik anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza menjadi tular sehingga mencetuskan kemarahan netizen, Asyraf Khalid tampil memohon maaf di atas kekhilafannya itu.

Asyraf yang ditemui media menjelaskan bahawa dia bersama individu lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain patuh dengan SOP yang ditetapkan.

Advertisement

Jelasnya lagi, kesemua yang hadir memakai pelitup muka namun ketika sesi penggambaran dan foto, semua diminta untuk membuka pelitup muka tersebut.

Difahamkan bahawa jurukamera dan jurugambar yang hadir bukanlah dari pihaknya sendiri tetapi disediakan oleh pengurusan Siti Nurhaliza sendiri bagi tujuan merakam momen istimewa tersebut.

“Sebagai anak, apabila Mak Iti (Siti) nak bersalin tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit..” kata Asyraf lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi dan usahawan Tya Ariffin ini juga mengambil kesempatan memohon maaf jika perkara tersebut mengundang pertikaian dan mengguris hati mana-mana pihak.

“Jadi, saya minta maaf jika perkara ini ada mengguris sesiapa termasuk netizen. Saya dan keluarga okat. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda..”

Video serta gambar yang dimuat naik Asyraf sehingga menjadi tular itu juga dilaporkan telah dipadam di Instagram dan juga saluran YouTube Tya Ariffin Family.

The post Tular Video TokTi Terima Ramai Pelawat Di Hospital, Asyraf Khalid Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments