#Hiburan: Nama ‘Tenggelam Timbul’, Ara Johari Tak Hilang, Kini Sibuk Berniaga Makanan

Penyanyi lagu Bunga, Ara Jahari menjelaskan bahawa dia tidak hilang daripada dunia seni nyanyian walaupun kini wajahnya seperti sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

Jelas Ara, dia tidak menghilang sebaliknya sedang mengumpul bahan untuk single terbarunya yang berjudul Tetap Aku Cinta.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Dia dalam pada itu difahamkan sedang sibuk menguruskan perniagaan berasaskan makanan yang baru sahaja diusahakan sejak bulan Disember tahun lalu.

“Saya sebenarnya tidak menghilang dan masih lagi aktif menyanyi, cuma mengambil masa mengumpul bahan yang sesuai untuk single seterusnya. Pada masa yang saya saya juga sedang sibuk menguruskan perniagaan makanan yang baru dijalankan pada bulan Disember tahun lalu.”

View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Kata pemilik nama Nurfarrah Izzatie ini lagi, lagu terbarunya itu khabarnya bergenre balada rock moden mengisahkan mengenai cinta setia terhadap seseorang yang dikasihi.

Sekadar info,single Tetap Aku Cinta menampilkan susunan muzik daripada Ara sendiri dan dicipta oleh komposer terkenal, Amy Bong dan juga Furhan, serta diterbitkan oleh RocketFuel Entertainment.

The post Nama ‘Tenggelam Timbul’, Ara Johari Tak Hilang, Kini Sibuk Berniaga Makanan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments