Mengakui mudah mendapat ‘anxiety’ atau keresahan melampau, penyanyi rap wanita, Loca B mengambil keputusan untuk menutup notifkasi media sosial demi mencapai ketenangan jiwa.
Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, dia memilih untuk menjauhkan diri seketika daripada media sosial sejak dua bulan yang lalu.
View this post on Instagram
Ujar Loca, media sosial menjadi punca kepada kebimbangan dan keresahan melampau buat dirinya.
Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada peminat yang sering ‘tag’ dan menghantar mesej peribadi kepada dia terutamanya di Instagram kerana tidak dapat membalasnya.
View this post on Instagram
Perkembangan lain, Loca kini dalam persiapan untuk tampil dengan single terbaharu yang dijangka akan menemui peminat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sekadar info, Loca B mendirikan rumah tangga bersama salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju pada awal tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Bintang Aiko yang kini berusia hampir enam bulan.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Gila ini juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Yusuf Alexander hasil perkahwinannya yang terdahulu.
The post Loca B Alami Keresahan Melampau Baca Komen Netizen, Tutup Notifikasi Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments