#Hiburan: Tunai Impian Isteri, Azad Jasmin Hadiahkan Eira Syazira Rumah, Siap Dengan Mini Surau!

Pelakon dan juga pelawak, Azad Jasmin khabarnya telah memberikan kejutan istimewa buat isterinya yang juga pelakon, Eira Syazira berupa sebuah rumah dua tingkat.

Azad yang lebih mesra disapa sebagai Pak Azad berkongsikan momen-momen istimewa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Eira untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial mereka berdua.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Azad dilihat telah membawa Eira ke kediaman baru mereka sebaik sahaja isterinya itu selesai menunaikan solat terawih.

Eira kemudiannya kelihatan tergamam dan terkejut dengan kejutan yang disediakan Azad sebaik sahaja tiba di rumah tersebut.

“Surpise!! Bismillahirrahmanirrahim, masuk, inilah rumah kita..” ujar Azad sambil memaut erat bahu Eira memimpinnya masuk ke dalam kediaman baru mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Azad juga telah menunaikan impian Eira untuk memiliki dapur kering, dapur basah,meja makan untuk 10 orang dan juga mini surau untuk kegunaan anak beranak.

“Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini, pada bulan Ramadan yang mulia i hadiahkan rumah ini untuk u. I harap u suka. Sekarang ni I nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini..” ujarnya lagi.

Meninjau runagan komen, ramai peminat tampil memuji kebahagiaan pasangan ini dan ada juga yang mengatakan Eira merupakan seorang wanita yang bertuah kerana memiliki Azad sebagai suami.

Peminat juga turut mendoakan agar Azad dan Eira terus dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

The post Tunai Impian Isteri, Azad Jasmin Hadiahkan Eira Syazira Rumah, Siap Dengan Mini Surau! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments