#Hiburan: “Sekarang Nampak Satu Helai Rambut Dah Malu..” Yatt Hamzah Syukur Dikurniakan Hidayah Daripada Allah

Pelakon dan juga personaliti TV, Yatt Hamzah mengakui pernah berasa bangga kerana memperlihatkan aurat kepada umum pada awal pembabitannya dalam industri hiburan tempatan.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah,41, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya tampil menitipkan pesanan kepada peminat dan pengikut media sosialnya agar berlumba-lumba mendapatkan ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.

Advertisement

Ujar Yatt lagi, perubahan yang dirasainya itu merupakan hidayah dan petunjuk daripada Allah dan berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan perasaan seperti itu.

View this post on Instagram

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)

“Dulu aku pernah merasa bangga menayang auratku di khalayak. Kini aku malu jika walau sehelai rambutku kelihatan. Jika kau sedang atau pernah merasakan yang sama, inilah namanya hidayah.”

Advertisement

Kata pelakon filem Impak Maksima ini lagi, hidayah Allah merupakan perkara yang perlu dicari dan bukannya menunggu ianya datang secara tiba-tiba.

Perkembangan terbaru, Yatt kini sedang sarat hamil anak kelima di mana kandungannya sudah pun mencecah enam bulan.

Terdahulu, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada tahun 2009 sebelum bercerai pada tahun 2015.

Dia kemudiannya berkahwin kali kedua bersama Muhammad Zulfadli dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata serta seorang anak perempuan daripada perkahwinan pertamanya.

The post “Sekarang Nampak Satu Helai Rambut Dah Malu..” Yatt Hamzah Syukur Dikurniakan Hidayah Daripada Allah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments