#Hiburan: Comel Sangat! Muhammad Afwa Nama Diberi, Siti Nurhaliza Dedah Wajah Anak Kedua

Genap seminggu kelahiran anak kedua kepada penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza hari ini mendedahkan wajah anak keduanya itu dan difahamkan telah memberi nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

Adik kepada Siti Aafiyah yang dilahirkan pada pertengahan April lalu itu merupakan putera kedua buat pasangan selebriti terkenal Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Advertisement

“Alhamdulillah, hari ini suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan..”

Perkara tersebut dikongsikan Siti menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Penyanyi lagu Cindai itu turut mendoakan agar anak keduanya itu sentiasa berada dalam keampunan dan kemaafan Yang Maha Esa.

Advertisement

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah S.W.T dan kita semua juga di dalam lindunganNya.” tulis Siti lagi dalam hantarannya itu.

Terdahulu, Afwa telah selamat melihat dunia pada tanggal 19 April lalu bertempat di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Damansara, Selangor.

Sekadar info, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

The post Comel Sangat! Muhammad Afwa Nama Diberi, Siti Nurhaliza Dedah Wajah Anak Kedua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments