Hampir lebih empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Sampai Mati, Hazama kini bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama isteri tercinta, Genervie Kam.
Tidak lepas dengan soalan rezeki anak, pasangan ini mengakui masih menantikan kehadiran si kecil sebagai pelengkap rumah tangga.
Meskipun begitu, dia dan isteri sama sekali tidak berputus asa kerana percaya perkara itu terletak pada kuasa Allah S.W.T dan beranggapan masih tiada rezeki buat mereka.
“Saya dan isteri bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Kami juga berserah kepada qada dan qadar. Mungkin ada sebabnya. Mungkin Allah tahu dan mengerti yang saya dan isteri masih belum bersedia menggalas tanggungjawab serta amanah sebagai ibu bapa. Mungkin saat tibanya masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat.”
Ujar Hazama lagi, pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah pernah memikirkan mengenai rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat, namun rezeki belum memihak buat dirinya dan isteri.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Manakala bagi perkembangan lain, Hazama kini sedang sibuk mengumpul bahan dan juga material untuk buah tangan terbaru iaitu sebuah album studio yang ujarnya, sudah hampir 50 peratus siap di mana dua daripada enam buah lagu sudah selesai dirakam.
Terdahulu, Hazama telah mendirikan rumah tangga bersama Genervie Kam yang merupakan seorang pengarah muzik pada Januari 2017 yang lalu.
The post Masih Belum Dikurniakan Zuriat, Hazama Dan Isteri Tak Putus Asa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments