#Hiburan: Fazura Dan Fattah Syukur Dapat Sambut Bulan Ramadan Bersama Anak Yatim

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Bata (Malaysia) Sdn Bhd tidak melepaskan peluang untuk meraikan golongan yang kurang bernasib baik iaitu 20 anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih dalam satu majlis pemberian kasut bersama duta mereka, pasangan popular Fazura dan Fattah Amin.

Fazura dan Fattah Amin turut menceriakan lagi majlis tersebut dengan kehadiran mereka disitu memberi kasut Bata kepada anak yatim di salah satu cawangan Bata di pusat membeli belah KLCC.

Advertisement
fazura fattah

Pasangan popular, Fazura dan Fattah meraikan anak yatim sempena menyambut bulan Ramadan.

Ketika Harian Metro menemubual Fazura, dia berkata dia dan Fattah sangat berbesar hati untuk meraikan anak yatim bersama Bata.

Saya difahamkan rumah anak yatim yang dipilih ini bukan dari pertubuhan yang terkenal. Jadi, secara tak langsung dapat beri peluang kepada mereka yang selama ini mungkin kurang mendapat perhatian. Sebenarnya dari tahun lalu lagi kami sudah berbincang dengan Bata untuk adakan majlis seperti ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan.

Katanya lagi, dia amat bersyukur kerana tahun ini mereka dapat menjalankan majlis ini bersama Bata dan dalam masa yang sama turut gembira kerana dapat memberi kasut baru kepada anak-anak yatim bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Post a Comment

0 Comments