#Hiburan: Gara-Gara Ditumbuk, Pelakon Fadlan Hazim Cedera Di Mata Kiri

Pelakon Fadlan Hazim dilaporkan telah mengalami kecederaan mata kiri gara-gara ditumbuk sewaktu menjalani sebuah penggambaran drama, kelmarin.

Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar  menjelaskan akibat daripada kemalangan itu matanya mengalami luka kecil dan membengkak sehingga perlu disuntik untuk meredakan kesan lebam.

Advertisement
Fadlan HazimSumber : Harian Metro  

Ujarnya lagi, ini merupakan kali pertama dia ditimpa kecelakaan seperti itu sepanjang karier lakonannya.

“Saya ditumbuk seorang pelakon lain yang tersilap, sebelum terkena mata saya. Kebiasaannya saya memang lebih suka melakonkan watak pertarungan sendiri. Normal jikalau berlaku kecederaan, namun tak sangka pula kali ini berlaku pada mata.”

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang terbabit dalam penggambaran super telefilem berjudul Seratus The Movie. 

View this post on Instagram

A post shared by Fadlan Hazim (@fadlanhazim)

Fadlan berkata babak seterusnya terpaksa ditunda kerana kecederaan yang ketara pada anak matanya itu dan turut berasa terkilan kerana telah menyusahkan pihak produksi.

Dalam pad itu, pelakon filem Sangkar ini sempat memberikan pesana buat pelakon yang perlu melakonkan aksi pertarungan agar mempunyai kemahiran asas dalam pertahanan diri.

View this post on Instagram

A post shared by Fadlan Hazim (@fadlanhazim)

“Saya rasa setiap pelakon perlu ada atau belajar asas pertahanan diri itu kalau nak berlakon babak bertarung. Ia demi memastikan kemalangan seperti saya alami sekarang ini dapat dielakkan.” ujarnya mengakhiri temubual.

The post Gara-Gara Ditumbuk, Pelakon Fadlan Hazim Cedera Di Mata Kiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments