Deen atau nama sebenarnya Nordin Mardian berkongsikan khabar duka bahawa ibu bapa dan tiga anggota keluarganya telah disahkan positif COVID-19.
Penyampai radio Hot FM berkata mereka sedang mendapat rawatan di hospital Miri, Sarawak, katanya dia baru mendapat tahu berita sedih ini pada 19 April.
View this post on Instagram
Di dalam video pendek yang dimuatnaik oleh Deen itu, dia berkata,
Saya baru tahu berita ini semalam. Pada mulanya, adik perempuan saya yang tinggal bersama keluarga di Miri positif COVID-19, Khamis lalu. Jadi seluruh keluarga saya yang lain menjalani ujian saringan Sabtu lalu. Semalam keputusan mendapati ibu, bapa, kakak, adik bongsu dan seorang anak saudara saya turut positif.
Melalui video pendek tersebut juga, pengendali segmen Jam Hot bersama Haziq dan Fad turut meluahkan perasaan yang paling dibimbangkan adalah terhadap kedua ibu bapanya.
Deen turut memohon agar orang ramai untuk mendoakan agar keluarganya akan segera sembuh dari COVID-19 ini.
The post Deen Hot FM Ungkap Rasa Bimbang Keluarga Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments