#Hiburan: (TAHNIAH) 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

TAHNIAH penyanyi Idayu, 35 memaklumkan bahawa dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada hari Jumaat yang lalu setelah hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: (TAHNIAH) Enam Tahun Penantian, Penyanyi Idayu Kini Hamil Lima Bulan 

Advertisement

Idayu memberitahu dia melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang dan turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertama yang diberi nama Aryan Rifai.

idayu bersalin

Idayu berkongsi berita beliau telah menimang cahaya mata di Instagramnya.

Melalui temubual bersama Mstar, Idayu berkata,

Ikutkan, saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan pun dah 7cm. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.

Idayu berkata lagi,

Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan tidak stabil. Sekarang pun, baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik.

Advertisement

Tambahnya lagi,

Bagi saya, walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun… dapat juga buah hati.

Juara program realiti AF Megastar 2017 itu turut berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya dan di ruangan komen penuh dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga netizen.

Idayu turut berkata dia akan berkongsi gambar cahaya mata sulungnya apabila sudah tiba masa yang sesuai.

 

 

The post (TAHNIAH) 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments