#Hiburan: “Simpan Untuk Diri Sendiri Cukup, Allah Tahu..” Idris Khan ‘Sekolahkan’ Netizen Suka Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan

Pelakon Idris Khan baru-baru ini ada meluahkan perasaan kurang senang dan tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang gemar menunjuk-nunjuk apabila berbuat kebaikan di media sosial.

Komen nasihat itu ditinggalkan pelakon drama Tuan Danial ini di hantaran video sebuah media sosial platform hiburan tempatan di mana dia beranggapan bahawa perkara sedemikian seolah-olah telah menjadi ‘trend’ yang ternyata tidak sihat sama sekali untuk diamalkan.

Advertisement
Idris KhanSumber : Instagram Idris Khan  

Bagi Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan,33, ramai yang berkeinginan untuk melakukan kebaikan dan berbakti kepada ibu dan bapa namun tak semua insan mempunyai kesempatan seperti itu.

Idris Khan

“Simpan untuk diri sendiri cukup..Allah tahu..” tulisnya lagi.

Komen yang ditulis Idris juga dipersetujui rakan artis iaitu pelakon Mustaqim Bahadon yang menulis bahawa ‘kebaikan’ itu hanyalah sekadar satu perbuatan untuk menunjuk-nunjuk kepada netizen di luar sana.

“Sekarang macam berlumba-lumba pula orang nak tunjuk siapa paling buat baik dengan ibu bapa. Siapa palin bagi hadiah mahal pada ibu bapa.” tulis Mustaqim.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selain itu, ramai netizen turut mempunyai pendapat yang sama seperti Idris dan berharap agar ‘trend’ tersebut dapat dihentikan lebih-lebih lagi ianya dapat menjadi tumpuan individu yang berniat jahat seperti perompak misalnya.

“Hati-hati, takut ada yang sedang memerhati..tunjuk duit berkepuk-kepuk, bahaya pada mak tu.” tulis seorang pengguna media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

Sekadar info, video tersebut merupakan video perkongsian seorang pengguna media sosial TikTok iaitu Nabilah Nazib,30 yang telah menyerahkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya, Rushila Abdul Karim.

The post “Simpan Untuk Diri Sendiri Cukup, Allah Tahu..” Idris Khan ‘Sekolahkan’ Netizen Suka Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments