#Hiburan: Nak Biasakan Diri, Riena Diana ‘Lailer’ Bertudung Sepanjang Bulan Ramadan

Kehadiran bulan Ramadan ternyata memberi seribu satu makna terutamanya buat selebriti tempatan yang berjinak-jinak untuk menutup aurat secara sempurna di bulan ini.

Ini termasuklah pelakon yang popular dengan watak ‘Lailer’ dalam drama Kampung People di mana dia mengambil keputusan untuk memakai tudung sepanjang bulan puasa tahun ini.

Advertisement

Ujar Riena, dia bukan sahaja mahu mengumpul pahala berganda namun dalam proses untuk belajar dan merasai pengalaman mengenakan hijab.

Advertisement

“Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM. Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat.”

Riena dalam pada itu menganggap peluang ini sebagai permulaan untuk dirinya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada suatu hari nanti.

Mengakui Ramadan ini lebih bermakna jika dibandingkan dengan tahun lalu di mana dia tidak dapat melaksanakan ibadah puasa secara baik kerana jatuh sakit, Riena berazam untuk berpuasa penuh pada tahun ini selain disebabkan oleh keuzuran.

Terdahulu, Riena telah menjadi penyampai radio baharu buat stesen Hot FM sejak 24 Februari lalu bagi menggantikan Shuk Sahar dalam melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam.

The post Nak Biasakan Diri, Riena Diana ‘Lailer’ Bertudung Sepanjang Bulan Ramadan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments