#Hiburan: Bukan Saja Cantik Malah Bijak Pelajaran, Nadia Brian Nak Sambung Master Pula!

Pelakon Nadia Brian yang sebelum ini tidak habis-habis dihimpit kontroversi mengenai hal rumah tangganya ada meluahkan hasrat untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana.

Nadia menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya telah memuat naik foto imbas kembali ketika majlis graduasi diploman dan sarjana muda sewaktu menjalani pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Menganggap perkara tersebut sebagai kenangan terindah, Nadia turut bertanyakan peminat adakah patut dia kembali menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya selepas ini.

“A sweet ending to a new beginning. Kenangan terindah. Okay sekarang rasa nak continue belajar Master pula. On ke tak on? Komen sikit guys!” tulisnya di bahagian kapsyen.

View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji dan memberi sokongan penuh kepada Nadia mengenai hasratnya itu.

“Nadia beauty with brain..” puji seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi merupakan graduan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa.

The post Bukan Saja Cantik Malah Bijak Pelajaran, Nadia Brian Nak Sambung Master Pula! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments