Pengacara dan personaliti TV, Dayah Bakar ada berkongsikan mengenai perkembangan anak sulungnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia lapan bulan.
Dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya, Dayah ada memuat naik video pendek di mana dia sedang menghantar Fahri ke sekolah.
View this post on Instagram
Ujar Dayah, sekolah yang dimaksudkannya itu merupakan sebuah institusi pendidikan berkonsepkan playgroup yang bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran baharu dan bersosial.
View this post on Instagram
“Hari pertama Fahri ke sekolah. Tiba-tiba Fahri dah pergi school apa ni? Sebenarnya, ia adalah playgroup, jadi Fahri boleh jumpa kawan, belajar perkara baru dan persekitaran. Sekejap je, cuma dua jam..” tulisnya di bahagian kapsyen.
Dalam video tersebut, Dayah berkongsi keletah mencuit hati anak kesayangannya itu sepanjang perjalanan ke sekolah yang juga ditemani bapanya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Dayah dan Hanif telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Dayah juga kini sedang menetap di Australia mengikut suaminya yang bekerja sebagai tentera selama setahun.
The post “Fahri Boleh Jumpa Friends..” Comelnya! Dayah Bakar Hantar Anak Usia Lapan Bulan Ke Sekolah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments