#Hiburan: Risau Nampak Mewah, Alif Satar Serba Salah Mahu Buat Review Produk Makanan

Alif Satar atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar akui seringkali dihubungi dari banyak pihak yang meminta bantuannya bagi meringankan bebanan yang ditanggung pada waktu ini oleh mereka.

Pelakon, penyanyi dah pengacara terkenal ini memberitahu di dalam temubual bersama Harian Metro bahawa permintaan meminta bantuan darinya ini bermula dari Pemerintahan Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0) yang lalu.

Advertisement

alif satar

Alif juga turut berkata dia ingin membantu tapi hati tidak tenang kerana takut ditipu oleh pihak berkaitan tetapi jika memberi duit secara fizikal, dia ada saja memberinya sebagai sedekah.

Saya juga tak lupa selalu bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat (PKZ) sebagai cara membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Peka dengan keadaan semasa, Alif berkata dia berasa serba salah untuk membuat perkongsian makanan yang boleh dianggap mewah di platform media sosialnya.

Padahal saya nak buat review untuk produk makanan sendiri. Sebagai peniaga, kenalah buat promosi. Tapi saya tak pasti pula siapa yang akan menonton video itu.

Jadi biarlah apa yang saya buat di tepi (hulurkan sumbangan), urusan diantara saya dengan Tuhan. Orang nak cakap apa pun, biarlah.

Katanya kepada Harian Metro ketika sidang media pelancaran muzik video single Lagu Raya Alif Satar and The Locos baru-baru ini.

The post Risau Nampak Mewah, Alif Satar Serba Salah Mahu Buat Review Produk Makanan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments