#Hiburan: Tabur Beras Depan Kedai, Rita Sosilawati Syak Ada Orang Dengki Dan Berniat Jahat

Usahawan terkenal, Rita Sosilawati akui terkejut apabila menemui taburan beras di sekitar premis perusahaannya pada lewat malam tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Rita menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan pengikut media sosial serta peminat.

Advertisement

Ujar Rita, individu tersebut mungkin berniat jahat dan cemburu dengan apa yang diusahakan Rita selama ini.

View this post on Instagram

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati)

“Bulan puasa ada orang tabur macam-macam depan kedai. Cukup-cukuplah..cuba bersaing cara yang sihat.. saya percaya rezeki Allah itu luas..bukan dengan cara menjatuhkan orang dengan cara macam ni. Cetek sungguh ilmu dan tiada iman langsung orang yang buat benda-benda ni..”

Advertisement

Dia dalam pada itu sempat memberikan pesanan kepada pelanggannya agar terus berhubung dengan dirinya jika gagal menemui premis perniagaannya.

Meninjau ruangan komen, rakan artis dan netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Rita dan mendoakan agar urusan dia dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Dimaklumkan juga lokasi beras yang ditabur individu tidak bertanggunjawab itu tidak dapat dirakam kamera CCTV kerana terlindung sekaligus menyukarkan Rita untuk mencari siapakah pelakunya.

The post Tabur Beras Depan Kedai, Rita Sosilawati Syak Ada Orang Dengki Dan Berniat Jahat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments