Semakin mengecap populariti setelah membintangi drama popular Takdir Yang Tertulis, Didie Alias kini semakin dikenali dengan nama Che Salmah gara-gara watak jahat yang dibawa pelakon wanita itu dalam drama tersebut.
Nama watak yang masih meniti di bibir peminat itu menjadi bukti bahawa lakonan Didie benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat penonton.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, Didie dilaporkan telah mengeluarkan single terbaru berjudul Tap Tap Love yang menggabungkan beberapa dialog yang pernah dilontarkannya dalam drama tersebut.
Disebabkan populariti watak Che Salmah dalam drama itu, syarikat rakaman Suria Records (SRC) telah melamar Didie untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu tersebut.
View this post on Instagram
“Pada awalnya, SRC mencadangkan untuk saya merakamkan lagu runut bunyi Takdir Yang Tertulis 2. Namun masih belum pasti sama ada drama tersebut akan diteruskan untuk musim kedua. Jadi mereka tukar rancangan dan terhasillah single khas untuk peminat dan sesuai digunakan untuk pelbagai acara termasuk Aidilfitri dan sebagainya.”
Dia dalam pada itu sempat berseloroh apabila menganggap penghasilan single tersebut sebagai ‘kerja gila’ kerana dapat menyiapkannya hanya dalam tempoh dua minggu.
View this post on Instagram
Didie Alias juga berharap dengan terbitnya single sulungnya ini dapat diterima baik oleh peminat dan pendengar muzik tempatan sekaligus menghiburkan mereka yang tertekan akibat wabak pandemik COVID-19.
The post ‘Tap Tap Love’ Che Salmah, Didie Alias Keluar Lagu Single Terbaru first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments