#Hiburan: “Saya Juga Alergi Kepada Perkara Bodoh..” Sarah Hildebrand Alami Alahan Teruk Akibat Cuaca Tidak Menentu

Gara-gara cuaca tidak menentu dialami negara pada ketika ini, pelakon Sarah Hildebrand dilaporkan telah mengalami alahan teruk.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah marie Hildebrand Asyraf Hildebrand,31, berkongsikan perkembangan kesihatannya yang terkini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

Dalam entri tersebut, dia dilihat sedang menerima gas nebulizer di sebuah klinik.

“Cuaca sekarang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dari keadaan panas tiba-tiba hujan lebat, setiap hari macam ni. Cuaca tidak menentu menyebabkan penyebaran habuk, debu serta kulat disebabkan cuaca lembap..”

Sarah dalam pada itu sempat memberitahu bahawa dia juga mengalami alahan kepada perkara-perkara bodoh dan mengarut seperti yang sedang melanda negara sejak kebelakangan ini.

View this post on Instagram

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial pelakon Pujaan Hati Kanda itu mendoakan kesihatan Sarah kembali pulih seperti biasa.

Sekadar info, Sarah merupakan wanita kacukan Melayu-Amerika dan telah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka berdarah kacuka Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019.

The post “Saya Juga Alergi Kepada Perkara Bodoh..” Sarah Hildebrand Alami Alahan Teruk Akibat Cuaca Tidak Menentu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments