#Hiburan: Reaksi Ernie & Syamel Bila ‘Ditangkap’ Bermesra Di Set, Macam Kantoi Dating Dekat Sekolah!

Bagai merpati dua sejoli, itulah ungkapan yang dapat digambarkan dengan pasangan pengantin baru, Ernie & Syamel. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, mereka tidak menolak sekiranya segera dikurniakan cahaya mata.

BACA: Tak Merancang Apa-Apa, Ernie Dan Syamel Berdoa Dikurniakan Rezeki Anak Dengan Cepat

Advertisement

Terbaru, netizen geli hati melihat gelagat pasangan ini apabila ‘ditangkap’ berdua-duaan di set penggambaran. Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Ernie dilihat bersandar kepada Syamel sambil berbual mesra.

Ha bercinta

@aidunnoeBila kantoi tgh bercinta kat set “be like” ?… aku tgk video ni banyak kali, sbb sweet sngt..? Welcome to New York by Taylor Swift – mark

Sedar gelagat bersama suami dirakam senyap-senyap, Ernie segera menurunkan kaki untuk duduk secara sopan. Melihat aksi comel itu,  netizen meluahkan rasa terhibur apatah lagi apabila Ernie menuding jari menyalahkan Syamel seorang.

Sweet je dorang ni kan? Semoga berbahagia selalu.

 

The post Reaksi Ernie & Syamel Bila ‘Ditangkap’ Bermesra Di Set, Macam Kantoi Dating Dekat Sekolah! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments