#Hiburan: Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Selesai Jalani Majlis Merisik

Selepas lamaran mengejut yang dibuat oleh Kamal Adli kepada Uqasha Senrose ktika Anugerah MeleTOP yang lalu, ramai yang ternanti-nanti majlis penyatuan hati pasangan itu.

Semakin dekat dengan hari bermakna tersebut, mereka berkongsi akan diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi baru-baru ini.

Advertisement

BACA: Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Rancang Buat Tiga Majlis Resepsi, Satu Khas Buat Peminat Setia

Terbaru, adik kepada Uqasha iaitu Raysha Rizrose mengesahkan bahawa keluarga Kamal Adli telah merisik kakaknya pada sebuah majlis yang ringkas petang tadi.

Diadakan di sebuah hotel di ibu kota, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak sahaja termasuk Kamal sendiri.

“Kakak saya, Uqasha telah selamat dirisik dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja mengikut SOP. Keluarga rapat Kamal datang menghantar rombongan merisik Uqasha kira-kira pukul 2 petang tadi.”

Malah Raysha menyatakan bahawa pasangan merpati dua sejoli itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

Advertisement

“Antara yang dibincangkan adalah tentang persiapan untuk majlis pernikahan seperti hantaran.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Ketika majlis merisik itu, Uqasha menerima sebentuk cincin merisik yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya sendiri.

Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar buat pasangan ini.

The post Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Selesai Jalani Majlis Merisik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments