Pelakon senior, Norlia Ghani akui berasa ralat dengan sikap sesetengah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baginya kurang berdisplin.
View this post on InstagramAdvertisement
Meskipun mempunyai perasaan seperti itu, kata Norlia bukan bermakna dia tidak berterima kasih dan bersyukur dengan keprihatinan kerajaan memberikannya rumah berkenaan.
Dia yang kini menetap di PPR Cheras bersama seorang anaknya menjelaskan bahawa dia tidak pernah tinggal bersama warga asing yang sering tidak menghormati undang-undang negara Malaysia.
View this post on Instagram
“Saya serba salah kerana bila saya cakap yang betul nanti, orang ingat saya sombong pula. Nanti dikatanya artis memang mengada-ngada. Saya geram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara kita. Saya tak pernah tinggal di PPR sebelum ini dan kalau ada rezeki memang saya nak pindah ke PPR lain.”
Advertisement
Ujarnya lagi, dia serta penduduk lain sering berdepan dengan masalah parkir dan lif rosak. Kata Norlia, dia yang tinggal di tingkat enam sering berdepan masalah untuk turun naik memandangkan faktor usia dan masalah kesihatan.
Dengan sewa RM124 sebulan, Norlia turut memberitahu bahawa flat tersebut sering ada gangguan seperti aktiviti bertukang dan bunyi bising motosikal pada setiap malam yang sangat menganggu.
View this post on Instagram
Menjelaskan bahawa dia pernah mengadukan mengenai hal tersebut kepada ketua blok, namun tiada sebarang tindakan diambil.
“Itu yang buat saya kecewa. Apapun, saya gembira dengan penduduk yang okay dan tiada masalah dengan mereka. Tapi sekiranya ada peluanng memang saya nak pindah dan Insyallah akan buat permohonan.”
Norlia turut menyuarakan harapa untuk memiliki rumah PPR tiga bilik kerana ada kala anak cucunya sering bertandang ke rumah.
The post “Kalau Boleh Nak Pindah Rumah Lain..” Norlia Ghani Kesal Sikap Penduduk PPRT Kurang Berdisplin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments