Setelah lebih setahun berkahwin, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein baru-baru ini mengesahkan dirinya kini berbadan dua. Peminat sebelum ini berteka teki sama ada Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina hamil gara-gara ‘baby bump’ yang jelas kelihatan.
BACA: ‘Atok Akan Dapat Cucu Lagi’ – Teka Teki Terjawab, Elly Mazlein Sah Hamil
Bercerita secara ekslusif di Geng Pagi Hot, Kak Lina mendedahkan saat pertama kali melakukan ujian kehamilan (UPT) selepas lima hari lewat datang bulan.
Walaupun berdebar-debar, Kak Lina akur dengan permintaan suami yang mahunya melakukan ujian kerana bimbang keadaannya yang lasak di lokasi penggambaran.
View this post on Instagram
Advertisement
Masa mula-mula nak check urine test tu kan, sebenarnya Kak Lina sangat takut tau. Masa tu dah lewat period dah lima hari macam tu. Kak Lina tak nak check tapi suami kata, ‘takpela mama, check je. Kalau tidak mama susah’. Masa tu shooting, tengah lasak.
Siap genggam benda tu, ‘papa dah ready ke?’ Bila buka, sekali suami tak ada reaction sebab dia tak tahu. Kak Lina tengok muka suami, ‘papa macam dua line, mama mengandung ke?’
Kata Kak Lina lagi, selepas kit ujian menunjukkan dua garis, mereka berpelukan dan menangis tanda kegembiraan. Pasangan ini sangat bersyukur kerana akhirnya dikurniakan rezeki yang sangat dinanti-nantikan.
View this post on Instagram
Sementara itu, Kak Lina turut menyatakan hasrat untuk berbakti sepenuhnya kepada keluarga. Bergelar seorang isteri, Kak Lina memasang impian untuk menjadi suri rumah menyediakan sarapan dan sebagainya untuk keluarga.
Dalam masa yang sama, sebagai anak seni yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, Kak Lina berasa sayang untuk meninggalkan peminat yang sentiasa ada sewaktu jatuh dan bangunnya.
The post Elly Mazlein Kongsi Respon ‘Blur’ Suami Bila Dapat Tahu Hamil, Beri Hint Bakal Bersara? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments