Cef selebriti terkenal negara, Cef Wan menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah meluahkan sedikit luahan perasaan mengenai keeengganannya ‘menaja’ perkahwinan kali kedua anak perempuannya Serina Redzuawan.
Seperti kebiasaannya, Cef Wan kembali menulis panjang lebar mengenai kekesalannya apabila telah menaja seratus peratus kos perkahwinan Serina bersama bekas suaminya yang terdahulu.
Mengambil pengalaman lalu sebagai contoh, Cef Wan berkata dia enggan lagi mengadakan majlis perkahwinan anaknya itu di rumah kerana tidak mahu berasa penat dan membazir. Malah, tukang masak selebriti ini turut beranggapan bahawa pihak lelaki sepatutnya menanggung segala kos majlis yang bakal diadakan kelak.
View this post on Instagram
“Dia (pihak lelaki) yang gatal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya. Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali. Pada akhirnya, kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah.”
Dia dalam pada itu turut menggunakan wabak pandemik COVID-19 yang masih menular sebagai alasan untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan secara gilang-gemilang.
Cef Wan juga sempat menasihatkan Serina agar tidak membazir dan menggunakan belanja yang diberikan untuk menghulur sedekah kepada anak-anak yatim sebagai amalan untuk akhirat kelak.
View this post on Instagram
“Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!”
Terdahulu, Cef Wan menerusi sebuah laporan media memberitahu bahawa Serina yang juga pelakon kini sudah mempunyai pengganti dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Mengakui dirinya agak trauma dengan kes melibatkan bekas suami Serina, Gavin Edward Oluanaigh dengan anaknya itu, Cef Wan berasa ralat untuk membenarkan pelakon wanita itu bernikah lagi namun kerana berasa serik dengan pengalaman lalu.
The post Chef Wan Dah Tak Mahu Bazir Duit Untuk Perkahwinan Serina, “Pihak Lelaki Yang Gatal Nak Kahwin Biarlah Dia Tanggung!” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments