#Hiburan: Sudah Masuk 5 Tahun Tertunggak, Fadzil Zahari Kesal Pereka Fesyen Terkenal Enggan Bayar Hutang RM15,000

Pelakon dan juga suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mengakui kesal apabila seorang individu yang juga pereka fesyen terkenal suatu ketika dahulu culas dalam melangsaikan hutang berjumlah hampir RM15,000.

Fadzil juga mendedahkan bahawa dalam tempoh lima tahun individu tersebut berhutang, dia hanya menjelaskan bayaran sebanyak RM3,000, itupun diselesaikan oleh keluarga ahli pereka fesyen tersebut.

View this post on Instagram

Selamat ulangtahun ke 5 hutang Zery Zamry ? moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya… agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni.. Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? #Hutang5TahunTanpaFaedah Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana. DM abang utk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!!!

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on

“Dia adalah pereka fesyen terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu. Saya kenal dia lebih kurang enam tahun. Kami berkawan selama setahun dan lima tahun sebagai penghutang. Sebenarnya mula-mula dia minta RM30,000 dekat Yana (isteri) tapi saya cakap dekat Yana bagi dia seribu dua saja dulu sebab kalau dia tak bayar tak la sakit hati sangat..”

Namun begitu, Fadzil menjelaskan, di atas sikap keprihatinan Yana terhadap pereka fesyen tersebut, isterinya itu telah memberi RM15,000 kepada penghutang berkenaan atas alasan untuk membayar gaji staf sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Fadzil ditemui media setelah dia memuat naik sebuat entri meminta pereka fesyen berkenaan untuk tampil membayar hutang tertunggak yang sudah memasuki tempoh lima tahun di Instagram miliknya.

“Selamat ulan tahun kelima hutang..semoga dalam keadaan sihat hendaknya. Plan cuti mana tahun in? Bali ke Mabul? Tag rakan anda yang masa nak pinjam duit nangis-nangis, dah dapat duit tak tau pergi mana,”

Dalam pada masa yang sama, Fadzil turut meminta individu tersebut tampil bersemuka secara baik dengannya dan isteri bagi menyelesaikan permasalahan hutang tersebut.

Sumber: mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments